Saturday, August 31, 2019

Bir tahu jangan keliru

Sembahyang:
Sembahyang adalah salah satu Rukun Islam. Rukun bererti asas dan tonggak, Islam adalah cara hidup
Jadi ibadah ini bukan sekadar untuk ditunaikan tetapi harus dijadikan asas dan tonggak cara hidup. Inilah sebabnya sembahyang sering diberi jolokan tiang agama.
Orang membina tiang kerana hendak membina rumah. Sembahyang yang kita tunaikan itu ibarat membina tiang, mana rumahnya?
Rumahnya ialah nilai-nilai akhlak yang terbina daripada sembahyang itu. Setelah terbina rumah, kita duduki sebagai tempat tinggal, bukan dibiarkan begitu sahaja. Di situlah tempat kita melakukan pelbagai aktiviti kehidupan.
Rumah harus dihias supaya cantik menarik. Jadi cara hidup kita juga biarlah secantik yang diharapkan.

Semua orang tahu tentang RUKUN ISLAM, tetapi tidak semua yang tahu

apakah ertinya RUKUN itu, 
dan apakah ertinya ISLAM,

kerana tidak terlintas untuk 
mengambil tahu
atau mendalaminya. 
Mengapa?

Sebab dia rasa dia sudah tahu tentang RUKUN ISLAM, dia pernah belajar sembahyang,
lalu membuat pendirian dengan 
moto cukuplah tuuu.
Dia tidak pernah terlintas untuk 
update atau mempertingkatkan 
pengetahuannya tentang RUKUN ISLAM. NATIJAHnya
dia tak tau bahawa
RUKUN itu asas atau tonggak,
ISLAM itu cara hidup
Inilah yang menentukan tanggapan yang betul tentang RUKUN ISLAM.
Mengikut tanggapan ini:

   
Tanggapan yang salah 
 ialah melihat sembahyang, zakat, puasa dan haji sekadar ibadah yang wajib ditunaikan sahaja, tidak lebih dari itu.
Tanggapan yang betul 
ialah melihatnya sebagai ibadah yang menjadi asas dan tonggak cara hidup, atau way of life.
Penjelasannya ada dalam buku ini. 

Perpustakaan Negara Malaysia     
Data Pengkatalogan-dalam-Penebitan

Mohamad Lamin 1947-
Rukun Islam: Asas dan Tonggak: Way of Life / Mohamad Lamin.
ISBN 978-967-11064-3-3
1. Pillars of Islam.
2. Islam - Customs and Practices.
3. Religious life - Islam.
297.3

Buku ini menjelaskan sembahyang, zakat, puasa dan haji itu adalah ibadah yang menjadi asas dan tonggak cara hidup (way of life).
Sebagai cara hidup, buku ini menjelaskan faktor-faktor yang menentukan apa yang boleh dan yang tidak boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Apa kata Mufti Wilayah, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri:
Aqidah atau ketawhidan ialah mengesakan Tuhan dan percaya semua perkara dalam Rukun Iman. Aqidah mesti dibuktikan dengan melaksanakan ibadah.
Ibadah yang diterima Allah adalah yang berjaya melahirkan akhlak. Jika tidak, Allah akan menyatakan misalnya sembahyang sahaja belum cukup, ada hadis yang menyatakan demikian. Ibadah ertinya tunduk patuh. Tunduk patuh bukan menunaikan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja tetapi tunduk patuh kepada hukum perintah dan larangan dalam semua bidang lapangan hidup. Ada 5 kriteria orang yang boleh dikira tunduk patuh.
Akhlak. Semua orang tahu tentang akhlak. Yang kita tidak tahu ialah makna atau takrifnya sahaja. Kalau nak tau penjelasan lanjutnya baca buku 4 TONGGAK gambar di atas. 
Syariat. adalah hukum dan peraturan Islam yang mengatur perjalanan hidup manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain hukum dan peraturan, Syariat menyediakan kaedah penyelesaian masalah kehidupan (di dunia ini). Penjelasan panjang lebar, tidak dapat diturunkan di sini. Maaf.
Sebagai seorang Islam perkara yang sangat penting mengetahuinya ialah overview tentang Islam itu. Jika tidak kita akan tersalah langkah dalam banyak perkara.
Salah satu overview Islam adalah Islam distruktur kepada 4:

Ini gambar struktur Islam
Maknanya, sebagai seorang Islam mesti beraqidah. Aqidahnya mesti dibuktikan dengan ibadah, dan ibadah yang diterima Allah adalah yang melahirkan nilai-nilai akhlak, seterusnya nilai-nilai akhlaknya harus dijadikan cara hidup (syariat).
Maknanya sebagai seorang Islam tidak bolehlah hidup hanya menunaikan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja. 
(Lihat semula dengan teliti apa kata-kata Mufti Wilayah, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas tadi).
Pertanyaan? (klik)

Sembahyang:
Sembahyang adalah salah satu Rukun Islam. Rukun bererti asas dan tonggak, Islam bererti cara hidup. Jadi ibadah ini bukan sekadar untuk ditunaikan tetapi harus dijadikan asas dan tonggak way of life. Inilah sebabnya sembahyang sering diberi jolokan sebagai tiang agama. Mengapa?
Antara ibadah-ibadah yang empat itu, hanya sembahyang yang menjadikan surah al-Fatihah sebagai rukunnya. Rukun adalah syarat sah sembahyang.
Surah al-Fatihah digelar ummul-kitab atau ibu Quran atau inti Quran. Jadi, seseorang yang membaca surah al-Fatihah dikatakan sebagai telah membaca keseluruhan al-Quran.
Al-Quran itu adalah perlembagaan hidup orang Islam. Apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan tertakluk kepada ayat-ayatnya, atau hadis yang berkaitannya. Jadi ibadah sembahyang itu bertujuan bagi mendidik pengamalnya agar mempunyai sikap yang sejajar dengan al-Quran.
Jika kita amat-amati, ibadah sembahyang itu adalah lambang perjalanan hidup kita di dunia.
Kita lihat dari mula mendirikan sembahyang.
Seseorang yang berdiri, mengahadap kiblat, mengangkat tangan dan mengucapkan takbiratul ihram bererti dia memulakan ibadah sembahyang, yang bererti selepas itu banyak perkara yang dilarang dia melakukannya, dia hanya dibenarkan melakukan perkara-perkara yang menjadi rukun sama ada qalbi, qauli atau feeli, dan perkara-perkara yang sunat dalam sembahyang. Inilah lambang kehidupan. Memberi salam bererti menamatkan ibadah sembahyang, menandakan pengakhiran hidup di dunia.
Hukum-hakam, bacaan-bacaan, perlakuan-perlakuan dalam sembahyang itu harus dimengerti, difahami bagi tujuan mencari pengajarannya. Inilah yang memandu kita mengenali apa yang boleh dan tidak boleh. Kerana itu seseorang yang mendirikan sembahyang harus ada sembahyang yang batin, yang bermaksud mencari kefahaman daripada rukun-rukun qalbi, qauli dan feeli itu tadi. Bagaimanakah caranya? Buku tersebut itu ada butirannya.
Melihat dari kedudukan ini bererti sembahyang yang tidak sampai ke tahap ini tidak akan mendapat keredhaan Allah walaupun sembahyangnya sah. Lihat dialog antara Nabi Musa as dengan Allah:
Sebuah hadis mengingatkan agar jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuat-kan Allah redha. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah redha? Hal ini disebut dalam dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swt:  Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).
Dapatkan penjelasannya dari buku. Jadi, peringatan yang sangat penting yang disebut dalam buku berkenaan ialah Jangan bangga dengan sembahyang yang banyak(Kita tinggalkan persoalan ini - bacalah buku tadi bagi mendapatkan penjelasannya).

No comments:

Post a Comment