Rukun Islam Asas Way of Life

Rukun Islam Asas dan Tonggak Way of Life













RM 20 Penghantaran PERCUMA

Seseorang yang dengan sukarela mengucap kalimah syahadah bererti dia sudah mempunyai aqidah. Aqidah yang sempurna harus dibuktikan dengan menunaikan ibadah. Ibadah yang diperintahkan hanya empat iaitu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Dalam struktur agama (Islam) menghendaki ibadah yang empat ini pula haruslah yang melahirkan akhlak dan dihidupkan dalam bentuk syariat atau cara hidup. Jadi, tidak bolehlah seseorang Islam itu hanya mengaku dirinya Islam, orang beriman, tetapi dibuktikan hanya dengan menunaikan ibadah-ibadah yang empat itu sahaja, meninggalkan bidang-bidang akhlak dan syariat.

Kandungan:

1. Sembahyang: Rahsia dan tujuan sembahyang mengikut Quran dan Hadis; Nilai dan kepentingan sembahyang dalam struktur agama (Islam); Kedudukan sembahyang dalam syariat Islam; Nilai dan Kepentingan sembahyang dalam kehidupan individu dan lingkungan masyarakatnya; 
2. Zakat: Manifestasi dari nikmat Ilahi; Nature manusia; Manusia bukan pemilik sebenar; Sikap terhadap harta, dan banyak lagi.
3. Puasa: Personaliti manusia; Unsur jasmani dan rohani manusia; Tanggapan terhadap ibadah puasa; dan lain-lain lagi; Objektif Ibadah Puasa.
4. Haji: Amalan tradisi ibadah haji; Hakikat ibadah haji; Tanggapan terhadap ibadah haji; Matlamat ibadah haji; Menunaikan haji adalah suatu perkhemahan; Ruh ibadah haji; Misi dan visi ibadah haji.


Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk menatap dan membaca buku yang bermanfaat ini. Banyak sudut pandangan yang menarik yang diberikan oleh penulis berkenaan soal ibadah dan akhlak seorang Muslim yang wajar diberikan perhatian oleh kita semua.

Saya berharap agar buku ini berjaya mencapai objektif yang diingini oleh penulis, dan memberi manfaat kepada kita semua, inshaAllah.

Kembali >>>

No comments:

Post a Comment