RM 10 Hantaran Percuma
Salahlaku yang dimuatkan ke dalam buku ini banyak yang berkaitan dengan hukum sunat dan makruh, yang diambil dari Kitab Sabil al-muhtadin. Jika kita melihat dari sudut ganjaran pahala, mengikut atau meninggalkan perkara-perkara sunat atau yang makruh, tidak akan menjadi isu yang besar, namun jika dilihat dari satu sudut lain, misalnya bahawa kita tidak mengikut Sunnah Rasulullah saw situasinya menjadi sebaliknya, kerana telah diperingatkan, Sembahyang sebagaimana aku sembahyang, tidak akur bererti bertentangan dengan satu hadis lain yang menyebut, maksudnya Barangsiapa yang tidak mengikut Sunnahku, di bukanlah umatku. Jadi mengikut hadis ini perkara-perkara sunat dan makruh itu sudah menjadi suatu isu besar pula.
No comments:
Post a Comment