Sembahyang Ditolak



RM 22 Hantaran Percuma

Ringkasan buku

 SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK

Bab 1: Hakikat Ibadah Sembahyang

 Bab dimulakan dengan mengimbas semula tentang konsep sembahyang mengikut takrif. Mengikut takrif, sembahyang ialah perbuatan-perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Perbuatan-perbuatan dan perkataan yang dimaksudkan itu telah ditetapkan, yang tersimpul dalam satu istilah yang dinamakan rukun-rukun sembahyang.

Ada lima bacaan yang ditetapkan iaitu untuk takbiratul ihram, membaca Fatihah, tasyhud akhir, selawat kepada Nabi, dan salam yang pertama; dan enam perbuatan iaitu berdiri, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan duduk tahyat akhir. Namun sembahyang kita mesti dimulakan dengan niat mendirikan sembahyang.

Yang dalam bentuk perbuatan dinamakan rukun feeli, yang bacaan dinamakan rukun qauli, manakala niat dinamakan rukun qalbi, menjadikan jumlahnya dua belas, dan perlaksanaannya mesti mengikut tertib; jadi keseluruhan sembahyang kita mesti menyempurnakan kesemua tiga belas perkara.

Namun, adalah menjadi kebiasaan kita mendirikan sembahyang dengan memasukkan sekali perkara-perkara yang sunat, misalnya selepas mengangkat takbiratul ihram, kita membaca doa iftitah, selepas fatihah membaca satu surah pendek dari al-Quran, dan ketika bergerak untuk menukar rukun, contohnya dari keadaan berdiri kepada rukuk, dan lain-lain, kita disunatkan melafazkan Allahu akbar. Ini menjadikan keseluruhan zat sembahyang kita yang biasa adalah terbina daripada perkara-perkara ….

Buku menerangkan lebih lanjut dengan menurunkan terjemahan bacaan-bacaan mencakupi yang rukun dan yang sunat, mengikut aturannya seperti berikut:

ü  Doa Iftitah

ü  Surah al-Fatihah

ü  Ketika rukuk

ü  Ketika bangkit iktidal

ü  Keetika iktidal

ü  Ketika sujud….

ü  Sehingga memberi salam.

 

Kemudian diikuti dengan pecahan-pecahan bab.

*      Zat Sembahyang: Jika kita kaji rukun yang tiga belas itu akan kita dapati bahawa kesemuanya adalah aktiviti yang berkait dengan hubungan manusia dengan Tuhan-nya, sama ada yang qalbi, qauli atau feeli. Seterusnya buku memperkenalkan maksud hablum minallah.

*      Hakikat ibadah sembahyang: Hakikatnya, ibadah sembahyang kita bukan setakat untuk mendirikan zatnya sahaja, tetapi adalah lebih daripada itu kerana sembahyang adalah rukun Islam. Rukun itu bererti asas, dasar atau tonggak, manakala Islam itu bererti jalan hidup atau way of life. Dengan kata lain ada konsep hablum minannas.

*      Sembahyang yang batin: Adakah sembahyang yang sedemikian sahaja sudah sempurna dan diterima Allah! Mengikut kitab Siras-Salikin, orang yang tidak khusyuk dalam sembahyangnya dikatakan sebagai tidak ada sembahyang yang batin, dan sembahyangnya ditolak kerana hanya pada zahirnya dia telah mendirikan sembahyang tetapi batinnya tidak turut serta. Ada huraiannya tentang erti khusyuk disertai dengan contoh. Akhirnya penjelasan itu menjurus kepada konsep Kesempurnaan sembahyang

*      Sembahyang tiang agama: buku menyebut petikan, ‘Pokok segala urusan adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.’ (Ensiklopedi Shalat 1, 171) dijelaskan lagi dengan menurunkan ayat 3, 85 ali Imran, dan pengenalan kepada maksud surah al-Fatihah.

*      Sembahyang adalah cahaya petunjuk: penjelasan merujuk kepada pengertian ayat 6 dan 7 al-Fatihah. Justeru siapa sahaja yang mendirikan sembahyang harus mempunyai kefahaman ini, iaitu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan (dosa dan pahala), tentang adab dan keperibadian dalam pergaulan dan sebagainya.

*      Realiti ayat 45 surah al-Ankabut: dijelaskan konsepnya dengan memberi contoh-contoh yang berlaku saban hari, dan ditunjukkan bagaiman sembahyang mencegah kemungkaran.

*      Sembahyang dalam program hidup: Ideologi hidup Islam mencakupi ketuhanan dan keduniaan. Bagaimanapun, harus dijaga supaya tidak memberatkan kepada ketuhanan dan meremehkan yang keduniaan, atau sebaliknya; tidak juga membatasi ruang lingkup kedua-duanya. Disokong dengan maksud ayat 111 at-Taubah.

*      Program hidup Islam: berkait dengan ayat 111 tadi menjelaskan manusia tidak boleh menggunakan kebebasan sementara yang diberikan itu semahu-mahunya, sebaliknya sentiasa ingat supaya tidak menggunakan kebebasannya itu sehingga mencabar kekuasaan Allah swt. Manusia yang mengawal jiwa raganya dan mengurus hartanya mengikut cara yang dikehendaki Allah swt adalah disebut sebagai orang yang beriman.

*      Peranan sembahyang: Sebahagian besar daripada tuntutan di atas tadi dapat dicapai melalui ibadah sembahyang, iaitu ibadah yang disebut sebagai tiang agama itu tadi.

 

Bab 2: Mengapa Sembahyang Ditolak

 Tidak dinafikan memang ada sembahyangnya ditolak walaupun sah. Sebab yang utama ditolak ialah kerana memang tidak disangka sama sekali. Bagi bab ini sebab yang hendak dibincangkan adalah lebih tertumpu kepada matlamat (maqasid)nya tidak tercapai.

Hadis menyebut maksudnya, Tiga orang yang sembahyangnya tidak sampai melampaui telinganya, iaitu seorang budak yang melarikan diri sampai dia pulang kembali, seorang isteri yang semalaman suaminya murka kepadanya, dan seorang imam yang mengimami suatu kaum sedangkan kaum itu tidak menyukainya’. (HR Tarmizi dan Ahmad)

Keseluruhan bab 2 menyentuh judul-judul berikut:

*      Golongan yang sembahyangnya ditolak: disokong dengan ayat-ayat 3 ali-Imran, ayat 45 al-Ankabut, ayat 85 ali-Imran.

Diturunkan juga senarai 10 golongan yang sembahyangnya tidk diterrima Allah swt. Ada penjelasannya.

*      Mengapa ditolak: golongan yang mendirikan sembahyang tetapi tidak mengetahui makna-makna bacaan yang dibacanya. Pendek kata sembahyang yang tidak memberi bekas dalam dirinya adalah ditolak.

*      Matlamat ibadah sembahyang: kata Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku-nya menyebut, Di antara kefahaman terbaik kita terhadap ajaran agama Allah ialah apabila kita mengetahui tentang tujuan pemberian beban kewajipan yang mesti kita lakukan (Fiqh Keutamaan, 48). Buku ini ada huraiannya.

*      Roh ibadah sembahyang: ibadah sembahyang itu adalah lambang perjalanan hidup maka kesemua aspek yang berkaitan dengan rukun-rukun, hukum-hakam dan prosedur itu tadi ada rohnya. Ketahuilah misalnya yang disebut oleh ayat 110 al-Isra’.

*      Hilangnya roh sembahyang: kebanyakan kita menunaikan sembahyang tetapi tidak terlintas untuk mengambil tahu apakah makna di sebalik hukum-hakam, pergerakan-pergerakan dan bacaan-bacaan di dalamnya.

*      Tanggapan dan sikap terhadap ibadah sembahyang

*      Syariat, sunnatullah dan alami (nature)

*      Tiga kategori matlamat syariat.

 

Bab 1 dan 2 itu sudah memadai untuk memahami mengapa sembahyang kita ditolak. Jadi bab-bab seterusnya menuliskan tentang berikut:

 

Bab 3: Tidak Menegakkan Islam

Bab 4: Tidak menegakkan hablum minallah

Bab 5: Tidak membina akhlak dan keperibadian

Bab 6: Tidak mencegah kemungkaran

Bab 7: Tidak membawa rahmat

 

Preview:

Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis. Kebiasaannya buku-buku atau kitab-kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar'ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza dengan buku ini, penulis cuba mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadaht itu sendiri. Sememangnya begitulah manifestasi daripada solat sebenarnya sepertimana yang disebutkan oleh Allah, bahawa solet itu mencegah daripada perbuatan Fahsya' dan Mungkar.


Tahniah saya kepada penulis yang berani mengupas isu solat ini dalam bentuk yang sedemikian rupa sehingga dapat membawa para pembaca melihat solat dalam satu dimensi baru yang menarik. Amat sesuai dibaca oleh para remaja dan tidak kurang juga kepada mereka yang telah lama melaksanakan ibadah solat sebagai muhasabah diri.
Melihat ke dalam sama ada solat yang dilaksanakan benar-benar membina watak pendirinya sebagai perisai ampuh membentengi diri dari terjerumus ke lembah maksiat atau pun solat yang dilaksanakan sekadar budaya atau ikutan yang tidak memberi kesan apa-apa kepada pendiri solat berkenaan.


Oleh: 
Dato' Ustaz Haji Abdullah b Mohd, Din
(Mantan) Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment