Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis. Kebiasaannya buku-buku atau kitab-kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar'ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli.
Berbeza dengan buku ini, penulis cuba mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadaht itu sendiri. Sememangnya begitulah manifestasi daripada solat sebenarnya sepertimana yang disebutkan oleh Allah, bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan Fahsya' dan Mungkar.
Tahniah saya kepada penulis yang berani mengupas isu solat ini dalam bentuk yang sedemikian rupa sehingga dapat membawa para pembaca melihat solat dalam satu dimensi baru yang menarik. Amat sesuai dibaca oleh para remaja dan tidak kurang juga kepada mereka yang telah lama melaksanakan ibadah solat sebagai muhasabah diri.
Melihat ke dalam sama ada solat yang dilaksanakan benar-benar membina watak pendirinya sebagai perisai ampuh membentengi diri dari terjerumus ke lembah maksiat atau pun solat yang dilaksanakan sekadar budaya atau ikutan yang tidak memberi kesan apa-apa kepada pendiri solat berkenaan.
Oleh: Dato' Ustaz Haji Abdullah b Mohd, Din
(Mantan) Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut tentang buku ini, sila ke >>>
No comments:
Post a Comment