Ciri
utama Gagasan Hidup Islam adalah bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan
kerohanian dengan kehidupan duniawi secara yang sangat ketara, tidak juga
membenarkan konflik, dan tidak juga membuat batasan pemisah antara menulenkan
rohani dan kehidupan moral manusia. Daerah kekuasaan Islam meliputi
kepelbagaian macam, rupa dan emosi kehidupan. Syumul.
Islam
mahu membentuk kehidupan individu dan kelompoknya yang susunan sosialnya dalam
corak yang sihat sejahtera. Jadi cita-cita Islam ialah membina iklim kehidupan
yang polanya adalah keamanan, kepuasan dan kesejahteraan. Sasarannya bukan
sahaja manusia tetapi mencakupi juga persekitaran kehidupan manusia itu
sendiri.
Alasannya
ialah bahawa kesejahteraan manusia bergantung kepada persekitarannya. Allah
yang mengaturkan demikian. Allah mengaturkan supaya kehidupan di dunia ini
berada dalam situasi saling bergantung antara satu sama lain. Justeru keamaman,
kepuasan, dan kesejahteraan itu tadi harus
dibina untuk kedua-dua-nya iaitu manusia dan sekalian makhluk selain
manusia. Sejak kelahiran Adam lagi Allah telah mengaturkannya sedemikian.
Jadi,
jika Islam hendak menciptakan iklim kehidupan yang sejahtera buat manusia,
kesejahteraan buat sekalian makhluk itu tadi harus diujudkan sama. Jika tidak
sistem yang telah ditetapkan itu tadi akan cacat, rosak dan sistem itu dengan
sendirinya akan tempang. Akibatnya ........ Lihat di sini
No comments:
Post a Comment