Apakah dia ibadah. Apakah
pengertian ibadah yang sebenarnya.
129 muka surat, RM12 |
Persoalan ini ditimbulkan kerana perkataan ibadah dalam Islam telah disalaherti oleh kebanyakan orang termasuk orang-orang Islam sendiri – beribadah selalunya diertikan sebagai amalan ketuhanan (ritual) iaitu mendirikan sembahyang, puasa, bersedekah dan sebagainya. Ibadah-ibadah ini adalah ibadah khusus, yang menjadi sebahagian kecil daripada konsep ibadah yang lebih luas lagi.
Konsep ibadah yang
sebenarnya adalah mencakupi keseluruhan aktiviti manusia kerana Allah swt telah
berfirman yang maksudnya,
‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdi kepada-Ku’. (ad-Zariyat: 56)
Begitu jelas ayat ini menyatakan
bahawa Allah tidak mencipta manusia melainkan supaya mengabdi kepada-Nya; cara-nya mengabdi itu ialah beribadah. Bilakah
masanya hendak beribadah, ini disebut oleh satu ayat lain yang maksudnya,
‘Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam’. (al-Anam 6: 162)
Ayat ini menggambarkan
bahawa kita harus mengabdikan diri kepada Allah swt sepanjang masa bila disebut
hidupku dan matiku hanya untuk Allah
Tuhan semesta alam. Dengan kata lain selagi manusia hidup sehingga mati harus
dalam keadaan beribadah.
Secara tidak langsung
ayat itu juga membawa maksud bahawa sekujur badan dengan segala anggota dan
akal kita harus digunakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya; tidak ada
mana-mana bahagian anggota badan yang boleh kita gunakan untuk yang lain selain
daripada Allah: akal kita, mulut kita dan segala anggota badan iaitu tangan,
kaki dan pancaindera kita kesemuanya harus digunakan untuk mengabdikan diri.
Ini menunjukkan bahawa
segala niat atau hajat hati, percakapan dan perbuatan kita mestilah hanya untuk
beribadah sahaja. Jadi, sama ada kita sedang bercita-cita, berhajat untuk
melakukan sesuatu, bekerja, makan minum, bermain, duduk, baring, berehat, tidur
dan sebagainya harus dalam bentuk beribadah. Bagaimanakah caranya hendak
menjadikan aktiviti-aktiviti tersebut dan lain-lain sebagai ibadah.
Pertama, jika kita lihat
maksud kedua-dua ayat di atas tadi ialah bahawa kesemua agenda itu tadi kita
niatkan kerana Allah menghendaki manusia mengabdi diri kepadanya. Kelihatannya
inilah antara prasyarat untuk menjadikannya ibadah iaitu kerana Allah. Apakah
yang dimaksudkan dengan frasa kata kerana
Allah itu! Inilah antara yang sangat penting yang hendak dibincangkan dalam
bab ini. Kebanyakan kita menggunakan frasa kata ini dengan cara yang sembrono,
tanpa mengetahui maksudnya yang tepat.
Antara lain lagi ialah
agendanya, adakah semua perkara boleh dijadikan ibadah. Misalnya, adakah
merokok itu boleh dijadikan ibadah, atau yang seumpamanya seperti mencuri, membuat
orang tidak senang dengan kita, berkasar bahasa, bergurau dan lain-lain;
agenda-agenda seperti contoh-contoh ini juga menjadi syarat untuk menjadikannya
ibadah.
Untuk menjadikan ibadah
agendanya adalah yang diredai Allah. Yang bermaksud bahawa sesuatu aktiviti itu
mestilah dijalankan mengikut lunas-lunas yang digariskan dalam al-Quran,
seperti yang diajarkan oleh Nabi saw iaitu dilakukan atas asas akhlak dan
berjalan dengan betul. Pun begitu aktiviti yang walaupun dilakukan dengan cara
berakhlak tetapi jika dengan tujuan yang tidak betul, tidak akan memberi
manfaat mahupun menghalang kemudaratan, seperti melakukan sembahyang hajat
untuk merosakkan orang lain tidak akan menjadi ibadah kerana tujuannya tidak
betul.
Serupa juga halnya, jika
sesuatu aktiviti itu tujuannya baik tetapi dilakukan dengan cara yang tidak
berakhlak, maka tidak akan menjadi ibadah kerana Islam tidak menghalalkan cara.
Misalnya untuk mengumpul dana bagi tujuan membantu golongan miskin tetapi dengan
cara yang tidak berakhlak seperti menganjur pesta yang banyak mengandungi
kemaksiatan, perjudian dan sebagainya.
RM12 Pos RM2 |
Jadi dapat dilihat di sini bahawa ada beberapa perkara yang harus dipenuhi untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu ibadah.
Antaranya ialah niat harus ikhlas kerana Allah. Ungkapan ini walaupun ringkas tetapi menghendaki kefahaman yang tepat, kerana jika tidak niat ikhlas kita tidak kesampaian. Bagaimanakah anda hendak menjelaskan frasa kata kerana Allah itu. Jawapannya ada dalam buku Konsep Ibadah & Amal Soleh.
Selain kerana Allah ada 4 kriteria lagi yang harus dipenuhi untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu ibadah. Jika anda seorang yang bercita-cita untuk mati dalam khusnul-khatimah ketahuilah kriteria-kriteria yang empat lagi di samping kerana Allah tadi.
No comments:
Post a Comment