eBook ini dipadankan dengan kitab Sabilal-muhtadin. Kitab
ini saya pilih sebagai rujukan kerana pendekatan penulisannya, penjelasan tentang
hukum-hakamnya disertakan pula dengan tujuannya, bukan setakat hukum tinggal
hukum untuk panduan mendirikan sembahyang sahaja. Misalnya, hukum lafaz takbir
intiqalat itu disebutkan bukan setakat hukumnya sunat, malah disebut tujuannya
iaitu supaya tidak sunyi satu suku dari
sembahyangnya, yang bermaksud supaya jangan ada antara waktu-waktu dalam
sembahyang kita itu sunyi tanpa membaca sesuatu, kerana itu disunatkan
melafazkan allahu akbar.
Penjelasan
tentang pergerakan-pergerakan dalam sembahyang juga cukup jelas, sehingga
dilihat ianya sebagai prosedur bagaimana melakukannya; misalnya bagi lafaz
takbir intiqalat itu tadi, caranya ialah Dan
sunat memulai takbir intiqal itu pada permulaan tunduknya kepada rukuk atau
sujud atau permulaan bangkitnya daripada tasyhud awal; ini dilihat sebagai
prosedur melafazkan allahu akbar itu
tadi; bagi sujud pula dijelaskan sembilan syarat sah sujud – syarat ini juga
dilihat sebagai prosedur.
RM20 Sila hubungi 013-3377242 |
Mungkin
ada antara kita melihat ini adalah perkara-perkara remeh temeh, yang hukumnya
pun hanya sunat, tidak membatalkan sembahyang jika tidak diikuti. Pandangan ini
tidak salah, tetapi jika dilihat bahawa hukum ini ada pengajarannya, maka
meninggalkannya bererti kita sudah membuang sebahagian daripada pengajaran
sembahyang, sekali gus kita seperti sengaja membuang sebahagian daripada
matlamat syariat. Pendek kata, salah laku yang akan kita temui dalam ebook ini
kelak, kebanyakannya adalah berkaitan yang sunat dan makruh; jika kita orang
yang suka mengumpul pahala maka mengikutinya adalah antara caranya menambah
pahala; namun sebahagiannya adalah berkait dengan dosa, misalnya melintas di
hadapan orang yang sedang sembahyang adalah haram, membaca kuat dalam
sembahyang juga haram, dan sebagainya; dan sebahagian lagi adalah berkaitan
dengan hukum yang menentukan sembahyang kita sah atau batal.
Tidak
dinafikan, akan ada sebahagian daripada kita mungkin kurang setuju dengan
hukum-hukum tertentu disebabkan tidak pernah mendengarnya, namun apakah kerana
kita tidak pernah mendengarnya maka boleh dianggap ianya sebagai suatu yang
diada-adakan! Saya katakan demikian kerana sesuatu yang belum pernah kita
dengar bukan bererti perkara itu tidak ujud, tetapi kerana kita belum
menjumpainya.
Semoga ebook ini akan
memberi manfaat, mempertingkatkan ibadah kita, melakukan anjakan dari keadaan
sedia ada kepada suatu keadaan yang lebih baik lagi. Yang lebih penting lagi
ialah di bahagian akhirnya, di mana saya cuba menurunkan beberapa contoh
iktibar dan pengajaran yang lahir dari ibadah sembahyang, yang merealisasikan
maksud ayat 45 surah al-Ankabut yang bermaksud Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.
No comments:
Post a Comment