Buku untuk mereka
yang memelihara sembahyangnya
Semaklah: SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah
Memang
ada golongan yang sembahyangnya ditolak. Misalnya ialah seperti yang disebut
oleh sebuah hadis,
‘Tiga orang
yang sembahyangnya tidak sampai melampaui telinganya, iaitu seorang budak yang
melarikan diri sampai dia pulang kembali, seorang isteri yang semalaman
suaminya murka kepadanya, dan seorang imam yang mengimami suatu kaum sedangkan
kaum itu tidak menyukainya’. (HR Tarmizi dan Ahmad)
Frasa kata tidak sampai melepasi
telinganya ini bermaksud tidak diangkat ke langit, atau dengan kata lain
tidak diterima. Sebuah hadis lain menyebut, maksudnya,
‘Tidak ada
sembahyang bagi tetangga masjid, selain dalam masjid’. (HR
Adarqathani)
Yang maksudnya, orang yang berjiran
dengan masjid tetapi mendirikan sembahyang di rumahnya, adalah sama dengan orang
yang tidak menunaikan sembahyang.
Inilah
tiga golongan yang sembahyangnya ditolak walaupun sah. Mengapa ditolak!Selain daripada sebab-sebab di atas ini, antara lain yang disebut oleh buku berkenaan ialah kerana:
- tidak menegakkan Islam (Islam dalam ertikata way of life),
- tidak menegakkan hablum minallah, iaitu hubungan antara manusia dengan Tuhan-nya,
- tidak membina akhlak dan keperibadian,
- tidak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar,
- tidak membawa rahmat kepada manusia lain dan makhluk keseluruhannya.
Ringkasan buku ini boleh dilihat di blog ini.
No comments:
Post a Comment