Haji Yang Mabrur

Kata Penerbit


RM20 Hantaran PERCUMA

Ramai yang tidak menyedari bahawa ibadah haji mempunyai maqasid dan matlamat yang dikehendaki oleh Allah swt supaya kita mencapainya. Hal ini menyebabkan ramai yang menunaikan ibadah haji tanpa memikirkan matlamatnya. Akibatnya, ibadah haji tersebut tidak meninggalkan kesan yang baik dalam dirinya. Dirinya tidak terdidik melalui ibadah berkenaan. Lantaran itu, apa yang kita lihat dalam kehidupan seharian, sikap dan tindak-tanduknya tidak sejajar dengan semangat ibadah hajinya. Bagaimanakah pula kita hendak mendapatkan haji yang mabrur jika perkara sedemikian terjadi.

Jadi buku ini membentangkan fakta-fakta bagaimana caranya mengenali maqasid dan matlamat ibadah haji (dan umrah). Fakta-faktanya adalah diasas kepada teori dan prkatikal ibadah itu, sama ada yang berkait dengan rukunnya, wajibnya, dan yang sunat-sunatnya. Ini telah disebut berulangkali dalam sesi kursus yang dianjurkan oleh pengurusan tabung haji.

Dari rukunnya, misalnya tawaf, apakah matlamat yang hendak kita capai dari rukun ini. Tawaf yang dilakukan dengan berjalan mengelilingi kaabah 7 kali itu apakah ruhnya. Ruhnya inilah yang hendak dijadikan nilai akhlak dalam diri kita.

Ketika wukuf di Padang Arafah, ada larangannya, misalnya tidak boleh merosakkan tumbuhan dan membunuh binatang, apakah maksudnya, apakah pengajarannya? Inilah yang hendak difahami, dan diterjemah menjadi nilai-nilai akhlak.

Jadi maqasid yang dimaksudkan itu ialah bagi mendapatkan nilai-nilai akhlak yang akan kita gunakan dalam kehidupan seharian kita sekembalinya ke tanahair. Inilah jalannya bagi mendapat haji yang mabrur.

 

Fakta-faktanya di susun ke dalam 9 bab seperti berikut:

1.   Suatu Tanggapan

2.   Haji Yang Mabrur

3.   Rahmat daripada Ibadah Haji

4.   Matlamat Ibadah Haji

5.   Pengajaran al-Quran

6.   Semangat Haji

7.   Haji adalah Puncak Ibadah

8.   Rahmat Ibadah Haji

9.   Amalan selepas Haji

 Membina Kehidupan Yang Harmoni 

Melalui Transformasi Rabbani

Buku ini mengandungi 198 mukasurat

Terbitan Telaga Biru, ISBN 978-967-388-105-5

Pengarang: Hj Mohamad Lamin


Kembali >>>


No comments:

Post a Comment